Tuesday 8 July 2008

Hakikat sebuah kehidupan

Ramai orang yang tercari-cari sebuah hakikat dalam kehidupan masing-masing.begitu juga dengan diri aku.aku yang masih mencari sebuah hakikat kehidupan yang masih belum aku temui lagi.
hidup ini ibarat roda.ada masa kita di atas,ada masa kita akan berada di bawah.bagi aku itulah hakikat hidup seorang manusia yang bergelar khalifah Allah di muka bumi ini.dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini,kita tidak akan sunyi dari segala macam ujian yang akan menimpa.sesuatu yang sudah tercatit dalam kamus kehidupan setiap insan.yang akan diuji dengan segala macam ujian yang tidak pernah kita fikirkan selama ini.cuma hati dan perasaan la yang akan menjadi persoalan kepada semua ini...adakah kita mampu untuk menerima segala ujian yang menimpa.samada ujian dengan kesenangan mahupun kesusahan..tepuk dada tanyalah iman.

Begitu juga dengan diri aku ini.tidak pernah sunyi dengan ujian dari Tuhan.ujian untuk seorang insan yang bergelar hamba ini.namun sebagai seorang yang berfikiran waras dan beragama,ini semua tidak harus membuatkan aku hanyut dengan cubaab ini.kerana dengan adanya ujian ini membuatkan aku lebih mengerti erti sebuah kesabaran dan keredhaan.

Aku tidak harus mengalah dengan apa yang berlaku ini.segala dugaan yang menimpa membuatkan aku menjadi lebih tabah dalam menerima takdir dan kehendak Illahi...
semoga dengan ujian yang menimpa ini membuat aku akan lebih menghargai nilai sebuah kehidupan,nilai masa yang Tuhan berikan kepada aku.kerana ini semua adalah nikmat dari Illahi..

Aku mengharapkan detik-detik yang aku lalui selepas ini aku memberi makna yang cukup berharga pada diriku...semoga dengan luahan rasa hatiku ini membuatkan aku lebih bersemangat dan terus berusaha dengan gigih...

Luahan rasa.. -ilham-

Antara Ujian dan Kesabaran

Semalam begitu meninggalkan kesan yang amat dalam pada diriku.antara rela ataupun terpaksa.??mesti semua akan tertanya-tanya apa yang terjadi pada diriku ini.terlebih dahulu aku mengucapkan sebanyak-banyak syukur kehadrat Illahi atas segala ketentuan ini.aku redho di atas segala kehendakMu ya Allah.kerana kehendakMu mengatasi segala-galanya.aku pasrah,aku menerima semua ini dengan hati yang tenang.walupun terlalu sukar untuk aku menerima semua ini.

Untuk pengetahuan semua semalam keputusan exam aku yang lepas sudah pun keluar.dan aku begitu sukar umtuk menerima keputusan ini.sekali lagi aku diuji dengan kegagalan..!!namun aku harus menerima semua ini sebagai ujian dan cabaran untuk aku terus berjuang.walaupun takdir Illahi sudah tersurat sejak azali lagi.namun aku tidak boleh berputus asa.aku perlu teruskan hidup ini.sedih,pilu,duka itu semua bukan halangan untuk aku.aku masih ada harapan.hanya padaMu aku berharap.teman-teman seperjuanganku di sini tetap setia di sisi membantu aku memberi semangat untuk aku teruskan perjuangan aku di sini.inilah tanda betapa kerdilnya diri ini di hadapanMu.aku sengat lemah.namun segala yang terjadi ini ada haikmahnya.dan membuatkan aku untuk terus berusaha.

Aku sangat bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan.masih lagi diberi waktu dan masa.selama ini mungkin aku terleka dengan dunia ciptaan aku sendiri.ini adalah ujianMu untuk melihat sejauh mana kesabaran yang ada pada diriku ini.aku redho dengan kehendakMu ya Allah.terima kasihaku ucapkan kepada teman-temanku,kerana kalian semua banyak membantu aku,memberi semangat dan dorongan kepada aku....Ya Allah ya Tuhanku..ampunkanlah dosa-dosaku dan juga dosa kedua ibubapaku...

Sunday 6 July 2008

Piala Malaysia Datang Lagi

Salam buat semua kawan-kawanku.demam bola datang lagi.rasanya aku pasti semua sudah maklum akan perkara ini. kalau la tak salah ingatanku.pada hujung bulan ini akan bermulanya satu kejohanan yang ditunggu-tunggu oleh semua kaki bola dekat bumi Mesir ini.(Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia).yang akan dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.yang lebih dikenali dengan nama PMRAM.sememangnya ini sangat dinanti-nantikan dan menjadi tumpuan.kerana pada waktu ini semua pelajar-pelajar sedang bercuti.dan dikesempatan inilah mereka semua mengambil peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing.akan tetapi kejohanan ini sebenarnya bukanlah semata-mata lebih kepada persaingan.tetapi matlamat sebenarnya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan ukhuwwah sesama pelajar di sini.jadi kepada semua mahasiswa yang tinggal dekat bumi mesir ini marilah kita sama-sama menyertai kejohanan ini.