Tuesday 8 July 2008

Hakikat sebuah kehidupan

Ramai orang yang tercari-cari sebuah hakikat dalam kehidupan masing-masing.begitu juga dengan diri aku.aku yang masih mencari sebuah hakikat kehidupan yang masih belum aku temui lagi.
hidup ini ibarat roda.ada masa kita di atas,ada masa kita akan berada di bawah.bagi aku itulah hakikat hidup seorang manusia yang bergelar khalifah Allah di muka bumi ini.dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini,kita tidak akan sunyi dari segala macam ujian yang akan menimpa.sesuatu yang sudah tercatit dalam kamus kehidupan setiap insan.yang akan diuji dengan segala macam ujian yang tidak pernah kita fikirkan selama ini.cuma hati dan perasaan la yang akan menjadi persoalan kepada semua ini...adakah kita mampu untuk menerima segala ujian yang menimpa.samada ujian dengan kesenangan mahupun kesusahan..tepuk dada tanyalah iman.

Begitu juga dengan diri aku ini.tidak pernah sunyi dengan ujian dari Tuhan.ujian untuk seorang insan yang bergelar hamba ini.namun sebagai seorang yang berfikiran waras dan beragama,ini semua tidak harus membuatkan aku hanyut dengan cubaab ini.kerana dengan adanya ujian ini membuatkan aku lebih mengerti erti sebuah kesabaran dan keredhaan.

Aku tidak harus mengalah dengan apa yang berlaku ini.segala dugaan yang menimpa membuatkan aku menjadi lebih tabah dalam menerima takdir dan kehendak Illahi...
semoga dengan ujian yang menimpa ini membuat aku akan lebih menghargai nilai sebuah kehidupan,nilai masa yang Tuhan berikan kepada aku.kerana ini semua adalah nikmat dari Illahi..

Aku mengharapkan detik-detik yang aku lalui selepas ini aku memberi makna yang cukup berharga pada diriku...semoga dengan luahan rasa hatiku ini membuatkan aku lebih bersemangat dan terus berusaha dengan gigih...

Luahan rasa.. -ilham-

1 Responses (Leave a Comment):

Cikgu Mat said...

cikgu matbaguslah tu..... kuatkan semangat dan yakinlah dengan kemampuan diri.ada masa masuklah ke blog saya. ada juga saya linkkan blog awak sebab ada perkaitan dengan rantau panjang.. tq